Ketenangan dicapai
melalui zikrullah. Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah.
Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan
melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan
(fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah
– ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati
hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al
(perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah
dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat
kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang
kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu
dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu
memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara
yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang
dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram
dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain
dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di
dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
No comments:
Post a Comment